Jumlah Paparan Halaman

cikgu awan fan page

Isnin, 18 September 2017

Selawat Sultan & ratib fatihah habib umar al hafidz hadramaut yaman

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلي على محمد



Telah berkata Hujjatul Islam Mujaddidul Millah As-Syeikh Abd Wahhab As-Sya’rani As-Syafie Al-Alawiy Radhiyallahu Anhu dalam Kitab Lawaqi-’ul Anwar al-Qudsiyyah fil ‘Uhuudil Muhammadiyah :

“Ketahui wahai saudaraku bahawa jalan untuk sampai ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala daripada jalan berselawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam adalah sedekat-dekat jalan kepada Allah.”

Dan telah berkata olehnya lagi Radhiyallahu Anhu pada tempat yang lain.

“Maka jika membanyak oleh engkau daripada berselawat dan bersalam atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam boleh jadi engkau sampai kepada maqam melihat Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wassalam. Dan iaitulah cara yang dibawa oleh as-Syeikh Nuruddin as-Syuuni dan Syeikh Ahmad az-Zawawi dan as-Syeikh Muhammad bin Daud al-Manzalaawi dan satu kelompok daripada syeikh-syeikh sezaman. Maka berkekalanlah setiap daripada mereka berselawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam. Dan membersih oleh mereka daripada segala dosa(yakni berselawat) sehingga berhimpun bersama Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam secara Yaqozhoh pada bila-bila masa yang dikehendaki. Dan sesiapa yang tidak berhasil baginya akan pertemuan ini (berhimpun bersama Rasulullah) maka adalah dia hingga sekarang ini (masa tidak bertemu lagi) tidak memperbanyakkan membaca selawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam akan sebagai banyak yang dituntut bagi menghasilkan baginya maqam ini.”

Dan telah berkata Ibnu Farhun al-Qurthubi al-Maliki Radhiyallahu Anhu :
“Sesungguhnya pada selawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam ada 10 karomah :-

1. Yang terbesar dapat selawat daripada Raja Yang Maha Gagah.
2. Mendapat syafaat Sayyidina Muhammad.
3. Mengikut sunnah Malaikat.
4. Menyalahi orang-orang Munafik dan Kuffar.
5. Memadamkan kesalahan dan dosa.
6. Membantu menunaikan hajat dan permintaan.
7. Menyinari zahir dan batin.
8. Kejayaan dari negeri kebinasaan.
9. Memasuki negeri yang kekal abadi.
10. Ucapan selamat dari Allah.”

Dan telah berkata as-Syeikh al-Hadhrami Radhiyallahu Anhu :
“Sesungguhnya selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam satu tangga, tempat naik, dan jalan kepada Allah Taala sekiranya tiada bagi Tholib itu Syeikh yang Mursyid.”
Dan telah berkata anak muridnya al-Wali al-Kamil Sayyidi Ahmad Zuruq al-Maliki Radhiyallahu Anhu tuan al-Qowa-idush Shufiah :

“Sesungguhnya selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam mengangkat semangat orang yang sedang berhadap jika adalah orang itu pada maqam yang terumbang-ambing kerana bahawasanya menyebut selawat itu Nur dan Hidayah.”
Dan telah berkata al-Allamah al-Kamil al-Wali al-Washil as-Syeikh as-Sunusi Radhiyallahu Anhu :

“Sesiapa tiada Syeikh yang Mursyid maka memperbanyaklah oleh dia daripada selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam. Maka sesungguhnya selawat itu menyampaikan kepada pembukaan yang nyata.”

Dan telah berkata Syeikhul Islam al-Hafidz Ibnu Hajar :
“Sesungguhnya selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam membuka kimia kejayaan akan beberapa pintu yang tidak boleh dibuka oleh yang lainnya.”

Dan terdapat didalam Bughyatus Saalik bagi Imam as-Saahili Radhiyallahu Anhu :

“Bahawa diantara sebesar-besar hasil dan sebaik-baik faedah yang diusahakan dengan selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam ialah tercetak gambar (wajah) Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam pada diri seseorang itu akan sebagai cetakan yang lekat yang berakar umbi. Dan untuk demikian itu akan menghasilkan – dengan syarat mengekali atas berselawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam dengan tujuan yang ikhlas serta mengikut syarat-syarat, adab-adab dan memahami makna-makna hingga tetaplah pada seseorang itu di dalam batinnya akan sebagai tetap yang benar lagi suci – cantuman nafas orang yang berselawat dengan nafas Sayyidina Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Dan bermesra-mesra diantara keduanya pada tempat yang dekat dan suci akan sebagai mesra yang dengan sekira-kira tidak dapat dibezakan lagi. Maka seseorang itu beserta sesiapa yang disayanginya.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan