10 sifat mulia pada anjing yg perlu diteladani .
#Adakahkamumenyangkakamudijadikansia2
Hasan Al-Basri Radiallahu anh mengatakan bahawa pada anjing ada sepuluh (10) sifat mulia yang perlu diteladani oleh setiap orang mukmin! Apakah 10 sifat2 itu?
(#ref: Buku Kisah Wali Wali Allah Buku no.3 oleh Syaikul Imam Abdullah bin As’ad Ali bin Sulaiman bin Fallah Al-Yafil,Al-Yamany Asy-Syafi.)
1. #Pertama: Anjing itu sentiasa lapar,dia jarang makan sampai kenyang.Sifat ini adalah sifatnya orang soleh.
2. #SifatKedua:Anjing tidak mempunyai tempat yang tetap.Dia selalu berpindah randah mengikutkeperluannya.Sifat ini adalah sifat orang orang yang bertawakal kepada Allah.
3. #SifatKetiga: Anjing tidul tidur diwaktu malam,melainkan sedikit saja.Dia selalu berjagajaga.Sifat ini sama seperti sifat orang oran g yang cinta kepada Allah,sentiasa renggang punggungnya dari tempat tidur kerana bermunahajat kepada Allah
4. #SifatKeempat: JIka anjing mati,dia tidak ada barang yang diwariskan dan tidak ada pula yangmewaris.Sifat ini adalah sifat hamba hamba Allah yang zuhud.
5. #SifatKelima: Anjing tidak suka meninggalkan tuan nya,tidak merajuk atau melarikan diri daripadanya sekalipun dipukul atau dimarah.Sifat ini adalah tanda tanda yang dimiliki oleh para murid yang shiddiqin yang sedang belajar kepada tuan gurunya.Tidak marah dan tidak merajuk walaupun dia diuji dengan berbagai ujian.
6. #SifatKeenam: Dia lebih reda dan lebih suka bertempat ditanah,tidur ditanah atau tempat tempat yang lebih rendah daripada tempat manusia.Inilah tanda tanda orang orang yang tawaduk,orang orang yang suka merendahkan diri,tidak menyombong
7. #SifatKetujuh: Jika tempatnya diambil alih oleh orang atau ditempati benda lain,dia pindah ke tempat lain tanpa merasa marah atau berdendam.Inilah tanda tanda hamba Allah yang reda akan bahagiannya
8. #SifatKelapan: Jika dia dipukul,dihalau atau dibaling dengan benda benda yang menyakitkan,diamenerimanya.Tidak ada perasaan dendam terhadap perkara yang lepas.Inilah tanda hamba hamba Allah yang khusyuk.
9. #SifatKesembilan: Jika anjing melihat orang makan dia melihat saja dari jauh,tidak meminta minta ataumenganggu.Jika diberi dimakan dan jika tidak diberi dia diam saja.Inilah sifat orang miskin yang reda akan pemberian Allah.
10. #SifatKesepuluh: JIka dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya,tidak menoleh noleh kebelakang.Inilah tanda tanda orang yang susah.Hebatnya Anjing dalam mengajari manusia seperti Wali Wali Allah akan sifat sifat mulia yang boleh diteladani untuk kebaikkan manusia.
Inshallah.Allah SWT tidak lah menjadi sesuatu makhluk atau benda dengan sia sia sahaja.Semuaciptaan Allah SWT adalah kebaikkan dan manfaatnya terutama pada manusia.Hanyamanusia perlu mempelajari dan memahami sesuatu ciptaan Allah SWT itu.
posted from Bloggeroid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan