Wahai hamba-hamba Allah saya berpesan kepada anda dan juga diri saya sendiri supaya bertaqwa kepada Allah SWT, maka berjayalah orang-orang yang bertaqwa
Carilah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah taqwa.Muslimin sekalian!
Marilah sama-sama kita mendengar satu hadis yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang berbunyi
:لاَ تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَع : عَن عُمْرِهِ فِيْمَا أَفْنَاهُ، ، وَعَنْ شَبَابِهِ فِيْمَا أَبْلاَه ،وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَه، وَفِيمَا أَنْفَقَه وَعَنْ عِلْمِهِ فِيماَ فَعَل
َ
Maksudnya :“ Tidak akan terlepas kedua kaki seorang hamba itu semasa (berada di Padang Mahsyar) pada hari kiamat sehingga disoal kepadanya empat soalan ;
Pertama: Tentang umurnya, dimanakah dihabiskan
Kedua : Tentang zaman mudanya, bagaimana digunakan
Ketiga: Tentang hartanya, bagaimana diperolehi dan bagaimana digunakan
Keempat : Tentang ilmunya ,apakah diamalkan dengannya .
[ Hadith riwayat Imam al-Tirmizi]
Bagaimana kita ingin bertemu Allah (s.w.t) Bagaimana kita ingin mendapat keredaanAllah sedangkan kita memandang ringan terhadap usia, masa remaja, harta dan ilmu yang kita perolehi. Ingat baik baik.
Sudahkah kita bersedia ? Apakah jawapan yang kita akan berikan di mahkamah Allah (s.w.t) di akhirat nanti di saat mulut kita ditutup dan yang bertutur ialah tangan kita dan yang menjadi saksi adalah kaki kita.
Firman Allah (s.w.t):الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ (65)
Pada waktu itu kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
posted from Bloggeroid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan